Tuesday, May 5, 2009

Babi Lagi!

Babi datang lagi tetapi kali ini bukan kerana permintaan ramai.

Sehingga hari ini, 4 Mei 2009, dunia masih dilanda selsema babi. Selsema babi, juga dikenali dengan nama swine influenza atau flu, pigfluenza, hog flu, and pig flu dalam bahasa Inggeris. Sesuailah dengan sistem pembelajaran sains dalam bahasa Inggeris di Negara Melayu. Kalau ada yang geli nak sebut babi, nama lain yang lebih nampak macam menunjukkan penggunanya adalah orang terpelajar, namanya disebut sebagai influenza A virus subtype H1N1. Setakat 30 April, mangsa yang disyaki mati disebabkan wabak ini telah mencecah 101 orang di Mexico sahaja. Dan, 23 orang sudah diconfirm mati kerana wabak ini. Inilah sumbangan babi kepada pembangunan manusia dalam dunia ini. Itupun, orang sains kata wabak ini tidak boleh berjangkit dengan makan daging babi, maknanya manusia masih boleh makan babi walaupun wabak selsema babi telah merebak! Gila babi?!

Several countries, including Serbia, China and Russia banned the import of pork products from North America in general as a response to the outbreak, despite assurances from the WHO that the disease is not spread through pork. [Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/2009_swine_flu_outbreak]

Aku berpendapat, babi mungkin menduduki senarai teratas carta benda yang paling dibenci oleh orang Melayu, sehingga menyebut perkataan "babi" pun orang Melayu tidak mahu. Babi telah diganti dengan khinzir dalam konteks penggunaannya. Kedudukan babi, mungkin, lebih tinggi dalam senarai berbanding pembunuh perempuan bangsa Mongolia, penerima komisen jual kapal selam, pengarah filem cerita tidak bermoral dengan tujuan mulia, pengamal ilmu sihir yang mendakwa Tuhan dan memiliki kerajaan di langit atau bekas penjual satay yang membina istana dalam masa 5 tahun. Babi tetap menjadi kebencian tahap kemuncak orang Melayu.

Kebencian orang Melayu pada babi, mungkin, sehingga orang Melayu lupa mereka tidak haram memegang babi! Ini terbukti dengan sebaran gambar awek bertudung pegang babi dalam internet. Ulasan yang diberi cukup menggambarkan kebencian Melayu kepada babi, dan, orang yang "bermesra-mesra" dengan babi.

Babi tidak berdosa dipegang, dibelai bahkan dikucup. Cuma, tiada pun orang melayu, yang sanggup buat. Mentaliti sudah begitu. Babi bukan wanita bukan muhrim. Babi haram dalam beberapa perkara. Pertama, babi tidak boleh dimakan. Kedua, babi tidak boleh dikahwini, sebab dia binatang!. Tetapi, babi boleh dipegang!

Hanya kerana babi itu najis berat dalam Islam, bukan bermakna babi tidak boleh dipegang. Pernahkah kita mengalami pengalaman ibubapa mengambil najis anak-anak (zaman dulu tak ada diapers!) di atas lantai. Najis itu hukumnya najis, tetapi tidak haram dipegang. Samalah dengan babi. Babi dan baka darinya adalah najis berat. Mencuci najis dari babi (dan anjing) adalah kaedah penyucian tahap maksimum dalam Islam. Sekali dengan air bercampur tanah dan enam kali dengan air mutlak (suci dan menyucikan). Tidak ada kaedah penyucian yang lebih berat dari itu. Kalau pegang satu kali atau satu ekor, mencucinya begitu dan kalau berpeluk-pelukkan dengan sekawan babi pun, caranya begitu! Manusia tidak diminta untuk mencuci dua kali dengan air tanah dan duabelas kali air mutlak jika menyentuh dua ekor babi.

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja)dengan wanita yang bukan mahram." [Sumber http://halaqah.net/v10/index.php?action=printpage;topic=3230.0]

Jadi, bergomol dengan anak orang yang bukan muhrim itu lebih berdosa berbanding dengan bergomol dengan anak babi, yang memang tak boleh dikahwini. Jadi, janganlah buat dua-dua. Jangan buat yang pertama sebab haram. Jangan buat yang kedua sebab, tak ada kerja!..
Namun, babi tidak boleh dimakan! Benar-benarkah babi ini sesuai dan sedap untuk dimakan? Entah. Yang pasti, babi tidak boleh dimakan kerana Allah melarang manusia makan babi seperti juga Allah Ta"ala melarang manusia minum arak, melarang manusia main judi, melarang manusia berzina dan melarang manusia menyembah berhala, di samping larangan-larangan lain.

Al-Quran melarang memakan daging babi di dalam tidak kurang daripada 4 surah berlainan. Larangan tersebut terkandung di dalam 2:173, 5:3, 6:145 dan 16:115., namun cukuplah satu nas dari Al-Quran untuk memberitahu perkara itu.

"Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, babi, daging haiwan yang tidak disembelih atas nama Allah..." (Al-Maidah:3)

Bahkan, kalau orang Kristian hendak ikut Injil pun, orang Kristian akan jumpa bahawa daging babi juga diharamkan di dalam Injil. Orang Kristian semestinya yakin dengan kitab agama mereka sendiri. Injil melarang pemakanan daging babi, di dalam buku Imamat :

"Jangan makan babi. Binatang itu haram, kerana walaupun berkuku belah tetapi binatang itu tidak memamah biak. Jangan makan binatang seperti itu, dan jangan sentuh bangkainya." (Imamat 11:7-8).

Daging babi juga dilarang di dalam Injil menurut buku Ulangan : "Jangan makan babi. Binatang itu haram, kerana walaupun berkuku belah tetapi binatang itu tidak memamah biak. Jangan makan binatang seperti itu, dan jangan sentuh bangkainya." (Imamat 14:8).

Larangan yang sama juga diulang dalam Injil, di dalam buku (Yesaya 65:2-5).

[Sumber http://al-islahonline.com/bca.php?idartikel=250]

Jadi sebenarnya babi ini bukan binatang ternakan untuk dimakan. Babi adalah binatang liar, tapi kenapa manusia makan babi? Semuanya berkisar sekitar duit dan keuntungan sahaja, semua berkisar tentang nafsu. Inilah malang bagi manusia kerana hidup tidak mengikut agama tetapi mengikut nafsu. Ada manusia yang mahu untung dengan cara membuat orang mahu membeli babi, dan, untuk memastikan babi akan tetap ada pembeli, diwujudkan scenario babi untuk makanan. Sebenarnya penjual babi hanya mahukan duit dari hasil jual babi!.

Kalau babi diternak hanya untuk bulu dan kulit maka permintaannya akan terhad. Bulu dan kulit babi bukan kategori kulit dan bulu yang bermutu tinggi, agaknya. Apatah lagi kalau babi diternak untuk giginya, tentulah tiada permintaan kecuali pengamal ilmu hitam sahaja. Jadi, pasaran makanan daging babi dipaksakan kepada manusia yang sebenarnya tidak perlu kepada daging babi. Namun, pendapatan dari menjual babi (untuk sebarang tujuan) sangat menarik perhatian manusia yang hanya mahu kaya sahaja.

Breeding occurs throughout the year in the tropics, but births peak around rainy seasons. A female pig can become pregnant at around 8-18 months of age. She will then go into estrus every 21 days if not bred. Male pigs become sexually active at 8-10 months of age. A litter of piglets typically contains between 6 and 12 piglets. After the young are weaned, two or more families may come together until the next mating season.
[Sumber http://en.wikipedia.org/wiki/Pig]

Dalam masa 8 bulan sahaja babi jantan sudah boleh "manjat" babi betina. Babi betina sudah boleh bunting selepas tempoh yang sama, maknanya dia proses "manjat" lagi awal. Sekali beranak antara 6 hingga 12 ekor. Kalau tidak silap, binatang darat yang paling cepat boleh dijual ialah ayam iaitu 45 hari. Namun, ayam tidak bertelur setiap hari kecuali ayam telur. Ayam diternak secara paksa kerana turnover tinggi. Dalam setahun, penternak ayam boleh rolling lebihkurang 8 kali kalau start pada awal tahun, 1 Januari. Cuma ayam tidaklah macam lembu, ayam berkaki dua. Lembu dan kambing juga, mengambil masa 2 hingga 2 setengah tahun untuk dipasarkan pada tahap optimum, tetapi babi, tidak sampai 8 bulan pun sudah cukup "empok" (agaknya) untuk dijual. Apatah lagi babi tidak perlu tunggu cukup haul!. Hatta, anak babi pun tentu sudah boleh dijual, secara perbandingan dengan "ayam dara". Dagingnya lebih lembut dan enak. Entahlah.

Atas alasan itulah kita dapati jumlah babi lebih banyak dari jumlah lembu dan kambing dan perniagaan penternakan babi lebih "menggiurkan" berbanding membela ikan keli dalam sangkar.

Harga purata daging babi dalam tahun 2004, 2005 dan 2006 ialah RM9.19, RM11.34 dan RM12.33 sekilogram. Babi ranum untuk dijual ialah 125kg-130kg, jadi satu ekor lebih kurang RM1,600. Kalau 12 ekor sudah RM19,200 dalam masa 8 bulan. Lebih kurang RM2,400 sebulan, lebih besar dari gaji sesetengah pegawai di syarikat swasta yang sudah bekerja 5 tahun. Sesiapa minat matematik, bolehlah buat pengiraan sendiri.

[Sumber http://www.jphpk.gov.my/Malay/Retail%20Price%20of%20pork.htm , http://www.jphpk.gov.my/Malay/bakababi.htm]

Manusia dan orang Melayu tidak mahu belajar dari babi. Disebabkan fahaman babi adalah binatang yang hina dan tidak berfaedah kepada Melayu, babi dipinggirkan begitu sahaja.
Satu perkara yang manusia dan orang Melayu kurang sedar ialah babi tidak pernah kufur pada Allah Subhana Ta"ala. Babi tidak pernah melanggar larangan Allah Ta"ala. Memang, tidak pernah orang melihat babi berjudi, sembah berhala atau makan riba?. Itu semua laranga kepada manusia, larangan kepada babi, entah, tiada manusia yang tahu. Babi tidak akan masuk neraka.

Hanya manusia, jin dan batu-batan sahaja yang akan mengisi neraka.

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (QS. Al-A'raf : 179)

Bahan bakar neraka terdiri atas batu-batu dan orang-orang yang durhaka kepada Allah, sebagaimana firman Allah,

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu." (QS. At-Tahrim: 6).

"Peliharalah dirimu dari api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir." (QS. Al-Baqarah: 24).

Allah Ta"ala berfirman, "Sesungguhnya kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah, adalah umpan Jahannam, kamu pasti masuk kedalamnya. Andaikata berhala-berhala itu tuhan, tentulah mereka tidak masuk neraka. Dan semuanya akan kekal didalamnya." (QS. Al Anbiya: 98-99).
[Sumber http://belajarislam.com]

Setelah banyak wabak penyakit seperti selsema burung, ebola, Aids dan HIV menyerang manusia, manusia masih tidak mahu mengikut perintah Allah Ta"ala. Itu belum masuk penyakit moral seperti zina, rasuah, berjudi dan membunuh menggunakan bahan peletup. Allah, Dia Tuhan yang menjadikan alam termasuk babi dan manusia, dan ilmu mencipta bahan peletup. Manusia lebih mahu mengikut nafsu berbanding mengikut Al-Quran dan As-Sunnah. Kini, babi menjadi objek kepada manusia supaya manusia berfikir. Jika, tiada unta didepan mata, ambillah babi sebagai pengajaran.

"Adakah mereka tidak melihat unta, bagaimana unta diciptakan?" (QS. Al-Ghashiyah, 17)

TRANSLATION