Monday, June 23, 2008

Tip 6

Membuat keputusan adalah satu tindakan penentu dalam satu-satu situasi. Proses membuat keputusan mempunyai urutan tindakan yang perlu diikuti. Bermula dengan bahagian pertama iaitu mengenalpasti masalah/ isu dan berakhir dengan memilih alternatif terbaik untuk dilaksanakan. Bahagian kedua ialah memantau pelaksanaan dan memperbaiki keadaan yang juga merupakan salah satu langkah dalam proses mengenalpasti masalah/isu. Proses ini akan membentuk satu kitaran membuat keputusan.

Jangkamasa proses membuat keputusan, atau, satu keputusan, bergantung kepada banyak faktor. Jika keputusan yang diambil itu menjangkau hingga 5 hingga 10 tahun, untuk mendapatkan kesan, keptusan itu selalunya dinamakan keputusan jangkapanjang. Begitupun, jangkapanjang atau pendek bergantung kepada faktor-faktor lain seperti jenis dan tujuan organisasi, tujuan organisasi, jenis dan tujuan aktiviti dan faktor geografi organisasi beroperasi.

Lebih tinggi jawatan dalam organisasi, lebih penting keputusan yang perlu dibuat. Namun dari segi kekerapan membuat keputusan, penjawatan jawatan tinggi tidak akan kerap membuat keputusanberbanding mereka yang berjawatan rendah. Ambil perbandingan seorang Ketua Eksekutif (Chief Executive Officer) dan juru gegas (dispatcher) dalam sebuah organisasi.

Ketua Eksekutif akan merancang (jangkapanjang dan jangkapendek) visi, misi dan sasaran syarikat. Ini selalunya dibuat pada awal jangkamasa tersebut (sekali). Keputusan meningkatkan prestasi dalam peringkat pemantuan pula mungkin akan dilakukan pada setiap suku tahun, iaitu 4 kali setahun. Perancangan dan mengambil keputusan berkaitan sasaran tahun hadapan dan sasaran terdekat juga biasanya pada akhir tahun sebelumnya iaitu sekali. Bagi keputusan berkaitan aktiviti-aktiviti berasaskan projek pula, Ketua Eksekutif atau Pengurus Projek akan membuat keputusan dengan kadar yang sama atau hampir sama seperti dalam proses merancang sasaran untuk jangkapanjang. Dilihat dari fenomena ini, semua keputusan yang perlu dibuat oleh Ketua Eksekutif, juga selaku Pengurus Projek, adalah penting tetapi tidak dilakukan pada setiap hari.

Untuk menghantar surat atau dokumen sahaja adalah satu tugas yang besar. Namun, dari segi hirarki kepentingan (priority), tugas itu berada agak terkemudian berbanding dengan apa yang dilakukan oleh Ketua Eksekutif. Jadi seorang jurugegas mesti membuat keputusan terbaik untuk sampai ke tempat yang dituju dengan segera. Faktor-faktor yang diambilkira termasuk jenis kenderaan dan jalan yang akan dilalui, juga faktor cuaca. Keputusan-keputusan tersebut akan mempengaruhi bilangan tujuan dan bilangan dokumen yang boleh ‘diuruskan’ dalam satu hari hingga tugasnya selesai. Itu tidak termasuk menolong kawan untuk membeli ‘pizza’, nasi goreng kampong atau kari kepala ikan untuk makan malam.!

Dari kedua-dua fenomena di atas, jurugegas mesti membuat keputusan sekurang-kurangnya sekali setiap hari, tujuh kali seminggu dan dua puluh lima kali sebulan berbanding Ketua Eksekutif yang hanya membuat keputusan, mungkin, sekitar 4 hingga 5 kali sahaja dalam sebulan.

Thursday, June 19, 2008

Produk Batik dan Bukan Batik






Kumpulan gambar-gambar batik Awang dan bukan batik yang bukan kepunyaan Awang.

Isi Dan Kulit - Dua

Masa belajar di ‘U’, lecturer aku pun ada bagi benda yang hampir sama. Dalam hal ini, sebenarnya semua student sudah ada persepsi yang negatif tentang lecturer ini sebelum kuliah pertama lagi. Kata dia ‘A’ untuk Allah. Bagi aku, O.K. tu, Islamik. Lepas tu, ‘B’ untuk saya. “Alamak!”. Akhir sekali, ‘C’ dan ‘D’ untuk kamu semua. “Alaamaaaak!”.

Tapi, dia tak buat pun apa yang dia cakap.

Inilah satu barang berat yang mat rock, atau yang ‘cas-cas’ mat rock, kena lalu. Entah kenapa ramai yang berbulu dengan mat rock. Pasal ‘dressing’, pasal rambut, pasal slanga, pasal macam-macamlah. Apa lagi kalau mat rock yang disebut-sebut tu bertaraf selebriti. Semuanya tak kena. Sampai satu masa dulu, mat rock kena gam dari keluar tv. Kalau nak keluar tv jugak, kena potong rambut dulu. Tapi, kalau lu jadi penulis, rambut lu dah cecah dagu pun o.k. Tak da hal..Lu, nak berumah tangga dalam tv pun boleh. Itu dulu lah.

Masa tengah naik ramai yang tak boleh tengok mat rock pakai seluar ‘fit’. Kat sekolah cikgu displin siap standby botol oren untuk menyukat ke-‘fit’-an seluar budak-budak lelaki. Budak perempuan o.k. Kalau boleh lagi ‘fit’ lagi bagus. Kalau botol oren lepas, seluar boleh pakai. Kalau botol oren sangkut, tuan punya seluar pun sangkut. Ceh, masa tu belum ada botol oren 1.5 liter. Semua 500 ml. Tapi, aku memang tak ada masalah, sebab saiz seluar aku tak pernah kurang dari saiz 31. Pulak tu, bumper besar, beb!

Dulu-dulu aku pun heran, kenapa orang tua tak pernah sound anak-anak dia orang dressing macam Jamal Abdillah ke, Latif Ibrahim ke, atau, Sanisah Huri. Pada hal anak-anak dia orang kerja kilang je. Atau pun , yang lagi power, tolong ‘potong buah’ je atau tolong ‘angkit’ getah. Tapi bila dressing macam SweetChat, Search atau koman-koman Gersang, riuh sekampong. Bukan setakat mak bapak sendiri yang sound, mak bapak orang lain pun tumpang sekaki, berbulu betul. Sebab, wa dah kena!

Awang Kerja Kuat

Awang kerja kuat setiap hari. Awang juga jadi harapan keluarga dan orang kampong. Walaupun bisnes Awang kecil, dia jadi tokeh kepada ramai orang di kampong. Ramai sedara-sedara yang kerja dengan Awang. Ayah sedara, sepupu, adik beradik, jiran dan kawan-kawan, ramai yang jadi pekerja Awang. Kat situ sahaja dah kena ada satu skill. Bukan senang nak kerja dengan sedara-mara. Paling susah bila ayah sedara buat slack!!

Macam bisnes kecil lain, problem Awang ialah ‘cash’. Setakat nama dan produk, ramai yang mengaku Awang dapat memenuhi. ‘Naik atas pasar’ dan tanya nama Awang, ramai yang kenal tapi dah lama tak nampak!

Bukan sebab Awang lari dari hutang, tapi Awang tak sanggup nak bagi hutang dekat peniaga-peniaga kat ‘atas pasar’. Awang buat batik ‘cash’. Kain ambik ‘cash’, dakwat ambik ‘cash’, lilin ambik ‘cash’, gaji bayar ‘cash’. Semua ‘cash’.

Kemudian Awang mula buat ‘marketing’ dan jumpa ramai orang yang nak ambik kain batik dia. Dia ‘happy’. Rupa-rupanya, semua ambik dulu, bayar bila dah jual!!. Lama-kelamaan Awang tak dapat bertahan. Akhirnya dia buat keputusan untuk memberhentikan operasi. Semua yang bekerja dengan Awang sedih dan terkedu tapi semua itu terpaksa dilakukan. Awang janji kalau dia ada modal lagi, dia akan mula semula dan panggil kawan-kawan, sedara-mara untuk kerja dengan dia lagi. Tapi, buat masa ini, semua orang kena cari kerja lain dulu, termasuk Awang.

TRANSLATION