Thursday, May 15, 2008

Isi Dan Kulit - Satu

Semua mamat, sama ada mat rock atau bukan, mempunyai persepsi terhadap setiap benda. Barang ini terbentuk dalam diri bergantung kepada dua benda. Satu, apa yang dia tahu. Dua, apa yang dia alami. Jadi, kalau tak banyak yang dia tahu dan tak banyak yang dia alami, persepsinya...ah, kureng(?).

Macam budak kecik. Persepsi yang diaorang ada sangat spesifik dan rigid. Anak aku, aku hantar ke Pusat Asuhan Tunas Islam, untuk pendidikan pra-sekolah. Mula-mula kenal ‘cikgu’, hidup anak aku sangat dipengaruhi oleh cikgu mereka. Bila dia kata, cikgu kata ‘A’ untuk epal, aku kata salah. Mati-mati anak aku kata betul sebab ‘cikgu cakap macam tu’. Aku kata ‘A’ untuk arnab, ‘B’ untuk bola, dia kata ‘A’ untuk epal, ‘B’ untuk ‘bola’. Lama-lama aku sendiri naik geram, dia tak tau bapak dia ni ada Master! Dari situ, aku mempunyai persepsi yang salah tentang cikgu anak aku. Pada masa yang sama, mungkin anak aku ada persepsi yang bapak dia tak tau sebab bapak dia tak pernah pergi Pusat Asuhan Tunas Islam!.

Sebenarnya, anak-anak hafal gambar. Cikgu mengajar abjad.

Kilang Batik Awang

Kilang Awang kilang kecil. Mula-mula Awang meniaga, kilang batik dia dibuat di bawah rumah. Memang kurang sesuai kalau nak ambil kira betul-betul. Banyak kali jugak Awang kena tegur dengar ‘pihak berkuasa’.

Bila beroperasi asap dari bahan bakar macam lilin, naik ke rumah. Baunya ‘perit’. Suhu rumah jadi panas, ditambah pulak dengan bumbung ‘zink’. Jadi semua orang dalam rumah tak pakai baju, yang lelaki saja lah. Apa lagi kwan-kawan Awang yang tengah kerja, ‘jersey’ kerja cuma seluar panjang!

(Pekerja Awang dalam 'jersey' kerja)

(Bahan 'lilin' dekat kilang Awang)

Di sebelah ‘penerap’ sentiasa ada kuali panas, bertujuan untuk mencairkan bahan macam ‘lilin’. Bahan itu digunakan untuk corak batik. Api dapur itu hanya dipadamkan 2 kali iaitu tengahari dan petang. Lain masa, on! Dapur guna gas masak.

(Dapur dalam 'workstation' dekat kilang Awang)

Semua kerja dibual secara ‘manual’ kecuali menyanyi. Yang ini, dia orang pakai radio. Selain menyanyi, ceramah pun pakai radio. Ismail Kamus paling popular, sebab orang tua tu pandai buat lawak. Tapi, dia orang dengar lawak Ismail Kamus tak boleh nak ‘share’ sebab Ismail Kamus tak ‘cakak ganu’!. Untuk diri sendiri sahaja!

Kerja dekat kilang kecik Awang, 5 hari seminggu, sebelum ‘gomen’ buat , dia orang dah buat. Tak ada punch card! Masuk, suka hati tapi keluar sama-sama. Gaji seminggu sekali, hari Khamis. So, hari Khamis, isteri –isteri ‘happy’.. Abang pun ‘happy’!!! Antara ‘benefit’ dia orang ialah, minum pagi ditanggung oleh tokeh Awang. Emak dia yang buat air dan kuih. Tengahari, makan sendirilah, banyak cantik muka semua nak ‘sponsor’!

Setahun sekali, ada ‘trip’ mencandat ‘sutung’. Tokeh ‘sponsor’ bot lagi!

Tip 5

“Multi-tasking” adalah satu pendekatan yang popular pada masa ini. Dengan pengaruh globalisasi dan dunia teknologi informasi, "multi-tasking" atau pelbagai-tugasan menjadi salah satu cara mengurangkan kos, meningkatkan keefisienan dan melandaikan struktur organisasi (flatten the organization structure)…ambik kau!!.

Dalam pendekatan ini, seorang staff akan melakukan tugas yang menjangkau batasan fungsi yang diwakili oleh bahagian (“department”, bukan bahagian parti politik!). Tugas akan selesai, jika tugas telah selesai! Tugas tidak selesai semata-mata kerana ‘aku’ dah buat kerja. Contoh mudah adalah dalam proses jualan. Seorang jurujual perlu menjual produk yang tertentu (memanglah, itu kerja dia!). Namun, ia tidak terhenti setakat itu, ‘dia’ kena ‘follow-up’ tentang pembayaran dari pembeli. Memasukkan data dalam sistem maklumat organisasinya, yang biasanya dibuat oleh bahagian kewangan (dulu!), mengemaskini data penerimaan bayaran yang telah dan belum diterima. Akhirnya,, maklumat tersebut lengkap di dalam sistem maklumat, baru kerja siap!.

Jangan keliru dengan “multi-purpose”. Dalam keadaan ini, ‘kita’ buat semua benda termasuk yang ‘clear cut’ bukan kita punya kerja. Contohnya, seorang penjual alat mainan yang balik ke pejabat selepas dapat buat banyak ‘sales’ (tip-lain kali balik rumah terus!). Alih-alih, perlu menghantar surat kepada peguam sebab ‘despatch’ cuti ‘paternity’, kemudian kena bayar saman ‘boss’ kat JPJ, lepas tu kena buat teh tarik kat bini ‘boss’ yang datang melawat ‘office’ dan akhir sekali kena kunci office! No doubt, everbody loves you for that!!

TRANSLATION