Thursday, February 21, 2008

Tip 2

Kena tahu siapa Boss kita sebenarnya. Dalam sebuah organisasi, selalunya ada ramai pengurus dan pegawai. Kalau dalam 'gomen', ada pengarah, timbalan pengarah dan pegawai-pegawai lain. Dalam suasana kerja, semua pengurus, bunyi macam sama je. Semua pandai suruh! Jika ini berlaku ramai yang pening sebab ramai pengurus dan banyak arahan. Ahli organisasi kena tahu, antara banyak-banyak 'tukang suruh' ni, mana satu Boss kita! Pendek (sipendek ni pun ada yang jadi pengurus), kata kalau dibariskan untuk kawat cam, kita boleh tunjuk dan kata 'itu Boss saya!'.

Perkara ini penting kerana setiap pengurus/pegawai mengetuai pasukan yang mempunyai misi dan objektif yang berbeza. Mungkin tindakan dan arahan yang dikeluarkan sama tapi kesannya berbeza. Kawan yang suka buat kerja tanpa kenal ketuanya, akan disukai ramai Boss, sebab, kawan ini memang boleh disuruh buat apa sahaja tanpa banyak soal. Bagi kawan tu pulak, dia seronok sebab ramai Boss suka kat dia. Jaga-jaga, akhir tahun nanti atau bila 'kompeni' nak bagi bonus, penilaian hanya dibuat oleh Boss tertentu sahaja, dan Boss-Boss lain semua tu hanya mampu memberikan kawan itu 'perhargaan terima kasih' sahaja.!

Bagi Boss pulak, kena lah bertindak ikut intelektualiti dan kepimpinan yang baik. Itulah sebab pengurus itu ialah Boss. Kalau Boss pun tak tau siapa nak disuruh, atau memang sengaja lebih suka mengarahkan orang lain daripada 'subordinate' bawahannya (sebab orang lain tak berani membantah cakapnya berbanding orang bawahannya!), maka tidak lah Boss itu seorang Boss yang mempunyai kredibeliti kerana sama ada dia tidak cukup ilmu pengurusan atau dia tidak sanggup berdepan dengan 'songel' manusia, pendek (pendek lagi!) kata, nak senang saja....

Kegagalan bertindak mengikut kata Boss yang betul akhirnya akan lebih menyusahkan Boss itu sendiri dan akhirnya bila Boss susah, orang lain pun susah jugak!!

Matlamat Wa-Sambungan Dulu Wa Tak Rock!

Nak tengok tv pun, hitam putih. Belum ada duit nak beli tv ‘kaler’. ‘Boring’. Kalau tengok Noorkumalasari berlakon tuh, baju dia warna sama je, hitam!. Tak rock!

Jadi, kalau nak hilang ‘boring’, keluar rumah lah, jumpa kawan-kawan. Ada pulak yang ada gitar. Sambil borak sambil ‘jamming unplugged’ la. Apalagi? Nak main lagu paling senang ialah lagu rock. Semua start dengan kod ‘A Minor’. Pusing-pusing A Minor, G, D pastuh E. Lagu rock pun nak nyanyi ramai-ramai pun syok, tak geli. Lirik berani dan rock. Favorite aku ‘ada yang tertinggal setelah terbenam mentari, jeng, jeng, jeng’. Tapi tak pernah bawak lagu nih, vokal pecah beb!!. Cubalah bayang 3, 4 orang ‘dressing rock’ tapi ‘jamming unplugged’ sambil nyanyi ‘Biarlah Rahsia’, kan geli tuh.

Nombor tiga, aku budak kampong yang tak berapa nak kaya. Bapak keja bawak keta, tapi keta sendiri tak ada. Aku motor tak ada, transport tak ada, basikal pun adik punya, basikal ‘pompuan’ lak tuh, nak gerak mana-mana kena menapak. Paling dasat kawan aku ada, basikal BMX. Itu pun sorang jer yang ada, mana dia dapat aku pun tak tau. Jadi, ‘radius’ gerak tuh tak jauh. Janji senang nak balik kalau mak panggil suruh pegi kedai! Masa tuh JB dengan kampong dah kira ‘mengembara’. Kelantan tuh rasa macam sama jauh dengan Indonesia.

Jadi kat situ aku terpengaruh dengan keadaan. Apa hal pun, aku tetap meletakkan satu matlamat dalam perjalanan hidup. Aku cuma jadi mat rock, bukan jadi orang bodoh. Aku tahu yang perkara yang aku lalui akan berubah. Mungkin rock tetap ada, macam diaorang selalu kata ‘rock never dies!’, (tapi bila join askar kat universiti, ada lak orang kata ‘soldier never dies, they just fade away’ yang aku pernah dengar kat iklan jeans tv Singapore masa tuh, tak silap aku brand Wrangler ‘faded’, ‘Jeans never dies, they just fade away’, jadi sebenarnya ‘everything never dies’, ye ke?), tapi aku tau aku akan berubah. Kalau pun aku tidak berubah, persekitaran akan berubah. Jadi, kesudahannya, aku mesti akan berubah, sekurang-kurangnya umur akan bertambah. Sekarang fizikal pun dah berubah, kalau dulu rambut nak macam Ramli Sarip, sekarang mungkin dah macam Klaus Maine!

Kat situlah ada keperluan untuk matlamat. Perjuangan yang dibawak oleh rock sebenarnya tidak jelas dan mungkin tidak ada pun. Kalau artis rock lain cerita. Diaorang buat duit dengan muzik, jadi diaorang kata diaorang memperjuangkan rock. Perjuangan untuk mencapai apa? Pada aku cuma untuk ‘masyuk’ je lah! Orang macam aku ni nak letak mana?
Dari perspektif seni, memperjuangkan muzik rock mungkin ada menasabahnya, tapi dari aspek kehidupan, rock adalah satu yang tidak jelas. Budaya hidup rock yang banyak menjadi amalan artis barat adalah sebenarnya bukan termasuk dalam kategori yang patut diperjuangkan. Budaya ini sebenarnya bukan budaya ‘eksklusif’ rock. Budaya mereka adalah budaya jahil. Tidak ada bezanya budaya rock dengan budaya ‘tak rock’. Bukan mat rock sahaja yang ‘layan stim’ dadah dan heroin, mabuk ‘air’ dan seks bebas. Budaya ini adalah budaya Barat secara kolektif, hampir semua orang buat begitu. Memang tak ada kena mengena dengan rock, tak rock!.
Pernah aku baca pendapat Man Kidal dalam paper entah tahun berapa. Telah berkata Man Kidal ‘rock bukan cara hidup, rock adalah muzik’. Kat situ pun dah kelam kabut. Pada masa yang sama, menunjukkan mat rock macam Man Kidal pun tahu apa yang dia buat. Yang tak tahu apa yang dia buat ialah orang macam aku, ikut-ikut, janji rock! Akhirnya, kelam kabut.

Tapi, alhamdullillah, aku tak jadi mat rock yang tak ada ‘baca’. Kawan-kawan rock dulu kebanyakannya ada ‘baca’. Kebanyakkannya belajar sampai ‘boring’, so takdelah yang belajar cukup setakat sekolah rendah. Dan, tak ada pun kawan-kawan rock yang jadi artis. Dulu ‘gentel’ bukan main, bila dah keluar kampong, abis gitu jer lah. Jumpa sekali sekala pun tak ada rasa pun nak ‘jamming’, mungkin sebab sewa studio dah mahal!!

Dalam dunia hiburan pun susah nak cari mat rock yang belajar tinggi kat Malaysia ni, kalau ada pun, setakat yang aku tau, geng Cromok, itu pun tak cergas mana. Tak leh masuk beb, belajar nih barang berat untuk mat rock, jadi kalau mat rock boleh belajar, kepala dia baik punya jenis, Seimbang antara otak kiri dan otak kanan.
Ada juga artis dulu rock kapak, sekarang jadi penyanyi lagu ‘puji dan syukur’, lagu ‘jalur gemilang’ lagu patriotik la pulak. Ada pulak yang buat show, ‘dressing’ asyik-asyik pakai ‘coat’ dengan tali leher. Ada pulak yang dah jadi pelakon dan bila dia berlakon mesti cerita tu cerita lawak. Macam-macamlah. Menunjukkan perjuangan rock nih, cuma ‘citar’ jer..! Yang penting masyuk!

Matlamat dan budaya rock yang ada, aku tak bawak dalam hidup lagi tapi pendekatan bebas dan berani masih ‘tetap menjadi pujaan hatiku!’ Dan, macam budaya rock yang sebenarnya tidak eksklusif, bebas dan berani juga tidak eksklusif kepada mana-mana puak. Semua orang boleh dan sepatutnya dapat menikmatinya. Manusia dijadikan sama disisi Tuhan dan yang membezakannya adalah sejauh mana ketakutan dan pengharapan kepadaNya. Dan, manusia juga tidak akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang dia tidak mampu laksanakan untuk dirinya. Jadi, manusia sebenarnya tidak ada sebab untuk terkongkong, tidak berani, takut kepada sesiapa. Manusia juga tidak perlu terikat, tidak bebas dan menjadi pengikut ‘membabi (sorry beb, perkataan ni bukan aku buat!) buta kepada sesiapa kecuali PenciptaNya. Inilah yang sepatutnya menjadi asas untuk jadikan kita mat rock (dibaca ‘manusia’) yang ada pendirian. Bukan sekadar ikut-ikut apa yang orang lain buat. Itu baru rock!

Maseh 3000 - Dua

Tentera Pembebasan mengawal pergerakan tawanan perang Singhud menuju utara, ke seberang selat. Perjalanan sangat perlahan melayani gerombolan tawanan yang ramai berhinggut-hinggut membawa nasib ke tempat baru. Tiada lagi enjin beroda membantu. Mahu tidak mahu, tawanan terpaksa mengheret betis melangkah mayat-mayat Pengaman bergelimpangan di merata ruang, senjata bertaburan terbiar tanpa ada yang mahu. Bau hanyir ammonium sulfat berbaur dengan kerosene menusuk hidung.

Baki Pengaman yang masih hidup jauh dibelakang gerombolan orang awam. Telah menjadi sejarah, Pengaman sangat digeruni di dunia sebelah sini. Kelengkapan ketenteraan tiada tandingan. Tidak seperti Pembebasan yang hanya berbekalkan Lesgon, senjata kuno buatan pakatan negara-negara padang pasir. Susuk tubuh Pengaman lebih besar dan sasa. Biar semua sudut, Pengaman pasti menang. Upah yang mereka terima juga lumayan.

“Kau tidak takut, Keg?”
“Takut? Apakah ada yang lebih menakutkan dari perang selama 500 tahun, Ser?”

“Kamu berdua..!” suara keras dari belakang terdengar menghentak gegendang. “Cepat-cepat jalan!”
“Cis! Anjing!” Ser menoleh ke arah suara keras itu.

Seorang Prebet-K Pembebasan sedang amarah pantas menerpa Ser. Belum sempat dia menyentuh perempuan muda itu, kakinya dibentis kaki sasa. “Bukk!” . Wajah amarah berganda hodohnya. Prebet-KJ9 Pembebasan, ketuanya, keras menghinjak punggungnya.
“Kamu tidak diarahkan berbuat gila di sini. Selesaikan tugas kamu dan jangan mengganggu tawanan. Biar orang lain uruskan! Pergi!”

“Kau takut?” perlahan, takut didengari tentera Pembebasan.
“Mungkin lebih baik mati dari menjadi habuan mereka”gementar Ser.
“Belum tentu, Ser.”

Monday, February 18, 2008

Tip 1

Paling asas, kita kena tahu apa 'kompeni' kita buat. Dengar macam kelakar, tapi, memang kelakar. Masalah timbul kalau kita tak tau apa 'kompeni' kita buat dan kita pulak jenis 'suka cakap' atau 'peramah'. Tanpa pengetahuan yang lengkap tentang 'idea keseluruhan' kita mungkin tersalah cakap. Kita cuma bekerja dalam satu bahagian kecil dalam organisasi dan hanya tahu kerja yang kita lakukan. Ini menyebabkan kita terputus komunikasi dengan orang lain dari bahagian-bahagian lain atau seksyen-seksyen lain dalam organisasi yang besar. Ada kemungkinan kawan yang kerja potong kertas dibilik penerbitan menyangka dia sedang bekerja dengan syarikat percetakan atau penerbit buku sedangkan sebenarnya dia sedang menyiapkan laporan tahunan sebuah konglomerat yang besar. Mungkin?

Kemudian, mesti tahu arah tuju organisasi kita. Yang ini lebih kepada kita yang terlibat dengan pengurusan. Perkara ini penting tetapi tidak banyak syarikat yang menitikbertakannya (andaian). Mungkin sebab tidak menjadi keperluan kepada pemegang saham yang menubuhkan syarikat semata-mata untuk menjalankan aktiviti perniagaan jangkapendek, tidak mementingkan kebajikan manusia yang terlibat dengan aktiviti tersebut. Ahli organisasi yang tidak tahu 'tuntutan' 'kompeni' atau organisasi, tidak akan mencapai tahap kepuasan kerja yang optimum, tidak akan bekerja dengan potensi optimum dan tidak kreatif untuk kemajuan yang optimum, pendek kata, 'mondom'!!

Friday, February 15, 2008

Dulu Wa Tak Rock!

Macam aku kata, aku bukan mat rock tapi dulu aku ‘cas-cas’ mat rock. Aku jadi begitu pun kerana banyak faktor. Satu, zaman aku membesar memang zaman rock, sama ada budaya atau muzik. Masa tu Malaysia belum rock kapak lagi tapi rock memang tengah naik beb!. Band melayu paling rock kat ‘Singapore and JB’ ialah Sweet Charity, budak-budak kampong panggil ‘SweetChat’, yang sebenarnya dah jadi bunyi lain macam je, tapi, bukan diaorang tahu, janji rock! Paling dekat dengan SweetChat ialah Blues Gang, itu pun sebab Julian punya ‘solo’ je baikk…kira dekat-dekat dengan rock lah tuh. Lama sikit baru timbul Search, lama lagi sikit keluar pulak Lefthanded. Pada aku, bila keluar Gersang, rock dah jadi lain macam, ada sikit lari. Pas tu, kat Singapore plak, keluar Rusty Blade, Rockers (band nih ada lagu tajuk ‘Harakah’, wa cakap lu!). Aku ingat orang Singapura punya rock la yang buatkan rock jadi rock kapak, memang power beb!

Orang putih pulak, berlambak. Scorpion, Deep Purple, Uriah Heep, Iron Maiden, Boney M lah, eh, bolehlah… . Masa tu, kalau ada sapa-sapa nyanyi ‘rap’, dah kira mencarut!

Nombor dua, tak ada video game. Yang ada gasing dengan getah gelang, tapi malam tak boleh main. Teknologi masa tuh belum jadi macam sekarang. Video game ni, siang malam. Lagi pulak sekarang, semua pakai ‘online’ jer. Budak-budak borak ‘online’, homework send dengan email jer, tak yah hantar buku. Jawap soalan objectif dalam ‘exam’ boleh tanya kawan dengan sms jer, tak de hal. Dulu tak sama. Kalau aku duduk dalam rumah jer, alamatnya, sekarang nih aku dah jadi tukang masak paling terkenal di seantero Malaya, aww! Tak pun tukang lipat baju paling cepat, atau pun tukang basuh pinggan paling ‘menciutkan’. Tak ada apa-apa kat rumah, paling adventure pun lastik cicak jer. Yang ni boleh main malam. Siang pun cicak ada tapi aku tidur, malam cicak ada sebab banyak makanan kat lampu. Itu pun kalau bapak aku tak ada kat rumah. Umur 18 tahun ke atas pun boleh main sama.

Awang Dah Lain

Awang ni panggilan 'generic' kat T'ganu. Macam 'Jang' kat Negeri Sembilan, 'Yob' kat Perak dan Mamat/Mat kat Johor. Ingat aku....kat zaman lama. Tapi mungkin lagu ni refer kat Awang Sarawak kot.

Awang berambut panjang
panjangnya rambut Awang
anting-anting telinga kiri
tatoo sauh di tangan kanan
tak kisah, biasa
tak kisah, biasalah

kepala sakit tengok wayang
lebih baik layan trash
untung-untung boleh hilang
kisah datuk sawah ladang

(lagu Wings)

Itu dulu. Sekarang Awang dah berubah. Jauh lebih 'clear'. Kalau Awang sakit kepala, Awang relax...tangkap 2 rakaat, bukak Quran, 2,3 line, 2,3 'ain ke, apa yang patut. Boring-boring malam-malam, Awang pegi lepak mana-mana surau, mesjid yang ada ceramah ke, kuliah ke atau tadah kitab. Awang kata, tangkap 'sun' juga sebenarnya sekali sekala layan masjid atau ceramah. Boleh jadi 'gian', beb!

Kerja batik Awang bukan kerja senang dan ringkas, macam skim cepat kaya. Kerja berat tu. Bukannya masuk ahli bayar 3 ratus, cari downline, takyah jual barang, boleh kaya. Fuh, itu cerita kartun.

Awang family susah tapi aku tak nampak muka susah kat family dia. Dia ni anak lelaki nombor satu dalam family, yang paling tua kakak dia. So, Awanglah yang jadi 'man of the family' bila bapak dia dah meninggal. Sebelum tu, bapak dia pun kerja buat ikan masin, beb! Ngam-ngam cukup makan, tapi, macam aku cakap, family ni memang susah tapi, tak nampak muka susah.

Tuesday, February 12, 2008

Awang Tokeh Batik


Aku jumpa satu mamat dekat Terengganu. Mamat ni dengan batik dah macam Amy Search dengan microphone. Tak leh renggang walau sekelip mata. Semenjak dia 'tak abis' sekolah sampai sekarang dah anak 6, itulah kerja yang dia bikin. Dan, dia memang nampak ngam dengan kerja batik dia. Masa ekonomi turunnaik dulu, lebih kurang tahun 97, dia senak juga tapi batik punya aktiviti, maintain.. banyak lagi cerita dia.
*****
Gambar yang ini bukan gambar batik tapi gambar towel anak aku. Gambar batik lain kali..

Monday, February 11, 2008

Maseh 3000- Satu

Serangan habis-habisan tentera Pembebasan atas pulau kecil paling selatan di Benua Timur baru selesai. Seluruh Shinghud kini merah, jelas dilihat dari seberang. Tiada ruang tidak disentuh api. Bangunan bagai arca sedang dijilat api menjulang-julang hitam terutama Pangkalan Udara Chengci.

Tentera bawahan pasukan Pengaman yang tidak sempat melarikan diri pupus jadi mangsa gejolak kemaraan tentera Pembebasan.


Anak kecil, wanita dan lelaki tua, sejak sebulan lalu berlindung di sekitar pelabuhan Sembakh, kini keluar menyaksikan segalanya hangus diratah pawana. Suara dunia dimamah api beriring jerit-pekik tentera Pembebasan yang menerjah gegendang. Apa yang masih lekat dibadan itu sahajalah bekal yang dibawa dalam hidup mulai hari ini. Masing-masing berbondong keluar dari tempat perlindungan mengikut arahan tentera Pembebasan.

Tiada yang dapat diselamatkan. Pengaman telah pupus musnah. Semuanya di tangan pasukan Pembebasan kini.

Wednesday, February 6, 2008

Wa dan ROCK!!


Aku bukan mat rock tapi dulu aku ‘cas-cas’ mat rock. Sekarang aku dah masuk ‘line Otai’. Itu pun aku tak perasan. Pernah satu kali aku chat online tentang muzik kategori rock, satu chatter tanya favorite rock band aku. Aku respon ‘Metallica’. Mamat tu terus jawab, “O, pakcik ni Otailah’. Pergh!.

Zaman sekolah-sekolah dulu, jeans pun aku tak ada. Tapi, aku ada awek. Bila dapat gaji pertama, barang pertama yang aku beli ialah jeans (2 ratus) dengan kasut kulit (2 ratus). Itu pun tahun ‘93. Itu kira nak ‘establish’ yang aku ni mat rock atau ‘rocker’. Dululah.

Dari aspek teknikal otak manusia, aku dapati, mat rock mempunyai kecenderungan menggunakan bahagian otak sebelah kanan melebihi bahagian otak sebelah kiri. Kecenderungan untuk berkreativiti dan lebih ekpresif. Otak kanan tidak mantap dari segi angka dan pengiraan. Ini mungkin alasan yang sahih sebab apa diaorang selalu kena kapor bila concert, sebab dia orang lemah matematik (otak kiri)! Tapi mat rock mampu memahami perkara-perkara abstrak dan ‘kefalsafahan’ dengan lebih baik berbanding seorang jurutera atau akauntan. Diaorang mampu menilai aspek mulia dalam agama jika pendekatan yang diambil terbuka dan bebas, tidak mendesak. Mat rock sebenarnya lebih jiwang dari yang lain, jika dinilai dari persepsi teknikal bahagian otak kanan dan kiri. Secara lebih menyeluruh pula, golongan artis lebih mudah menerima agama berbanding orang cerdik matematik dan berkarier, tapi tidak ada data untuk menyokong pendapat ini, wa sorry beb!. Mat rock ada pendirian dan kemahuan. Inilah zaman yang pernah aku lalui.

Semuanya berkisar atas kehendak dan kemahuan. Hendak bebas dan hendak tunjuk berani. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Dulu-dulu inilah istilah ‘belia’ yang tidak pernah aku hargai. Pemikiran kritis tanpa kerasionalan membawa aku jadi pengkritik bagi semua benda yang ‘tak rock’. Semua bagai dengki dengan kebebasan, keberanian dan kemahuan mat rock sebagai manusia. Pemimpin hanya pandai cakap, ustaz hanya pandai cakap, orang-orang tua hanya sibuk jaga anak orang tapi anak sendiri tongganglanggang, cikgu-cikgi cakap senang tapi cuba buat sendiri, baru dia tahu! Penyerahan diri hanya kepada kebebasan dan keberanian. Semuanya dilepaskan dengan layan muzik keras ‘head-banger’ dan lalok di concert. Sekali sekala tangkap leleh jugak, he..he…. . Ada lagi yang lain tapi ‘biarlah rahsia’. Apa saja yang datang, ‘janji rock’, akan disambut dengan keberanian dan kebebasan. Semua yang mesti buat akan dibuat. Suruhla apa saja, ‘janji rock!’. Apa yang tidak ada ialah seorang ketua yang memberi arahan itu dan ini. Mat rock tak boleh masuk benda tuh, ‘tak rock’!. Lu, lu. Gua, gua.

Dalam mencari kebebasan dan keberanian, akhirnya terjumpa awek. Alam berubah, semua bertukar dengan munculnya awek dalam hidup. Bebas ialah boleh jumpa awek. Berani ialah berani ada awek. Rakan-rakan mula memberi ruang untuk ‘privacy’. Ramai yang dah tak ‘ambik pot’ lagi pasal aku dan awek. Penyerahan diri kepada kebebasan dan keberanian masih tebal tapi awek tak boleh tinggal. Akhirnya, aku berumahtangga dengan awek aku.

Terus mencari kebebasan dan keberanian, aku bertemu ‘manis’ dalam agama. Sedikit demi sedikit kecelaruan muncul dalam hati dan pemikiran. Terasa diri ini sangat bodoh dalam urusan agama. Setakat tahu mengucap,sembahyang, puasa dan zakat. Semua tu dulu lagi aku dah tahu, cuma kadang-kadang tinggal dan kadang-kadang tak buat. Lalu aku terus mencari kebebasan dan keberanian yang boleh buat aku ‘puashati’. Selagi tak puashati, selagi itu aku mencari.

Banyak maklumat yang menyerbu keinginan untuk bebas dan berani. Dari segenap penjuru dari segenap masjid dan surau. Semua ustaz seperti sedang secara satu dengan satu bercakap dengan ku. “Ini haram, itu haram. Kita mesti buat begini dan begitu.” Ini semua adalah rezeki bagi ku. Semuanya berguna dan berharga tapi aku sudah tahu banyak perkara yang aku diberitahu. Aku sekolah agama di Johor taklah tinggi, setakat Darjah 5 sahaja, itu pun selalu ponteng main bola. Bukan ‘kerek’ tapi tengok kaki la dulu, beb! Banyak sungguh jasa ustaz-ustaz ni semua. Aku tak dapat bayang macam mana hidup beragama dalam dunia ni tanpa ustaz-ustaz ini sekarang. Dulu-dulu aku nyanyi kenduri kawin, dapat makan pun dah okay, sekarang ustaz-ustaz nih bagi ceramah, orang mesjid nak bagi duit sikit pun orang dah bising. Kedekut nak mampus! Kalau nak suruh semua ustaz jadi macam Brader Akhil Hayy, buat album baru ‘masyuk’, susah jugak.

Dari satu aspek lain, banyak ilmu tanpa panduan khusus menjadikan aku bercelaru dan keliru. Inilah pantang mat rock, celaru dan keliru. Ini barang tak boleh ada dalam kepala. Kepala mesti ‘cool’ selalu. Celaru, keliru, kelamkabut, harubiru, ini barang semua ‘tak rock’! Semuanya baik tapi banyak sangat yang aku nak buat. Banyak sangat yang nak dibetulkan. Banyak sangat orang sekeliling buat tak betul. Semuanya maksiat dan mesti dihapuskan. Sekarang!

Dalam kecelaruan itu aku mengambil pendekatan berjinak-jinak dengan jemaah yang aku suka. Jemaah tabligh mendekati aku tapi aku tidak nampak perbezaannya dengan apa yang aku lalu dulu. 5-6 orang, sama banyak dengan ‘kaki jamming’ dulu. Cuma bezanya diorang tabligh pakai macam orang Pakistan, Arab atau Benggali. Dulu-dulu aku ‘dressing’ ikut suka, janji rock! Setakat janggut, dulu2 pun dah ada, cuma ‘role model’ tu yang tak sama. Jemaah ABIM dan JIM memang ada. Aku selalu main bola pagi Ahad dengan ‘geng-geng’ JIM, mereka hebat dan berpendidikan tinggi. Jumlah tak ramai. Tapi, ‘line tak ngam’. ABIM pun sama. Aku respect diaorang. Aku tak benci diaorang tapi bagi aku yang sedang mencari, aku tak rasa jemaah-jemaah itu sesuai.

Satu hari, sorang kawan, ajak datang rumah lepas isya’. Ada makan-makan sikit selepas belajar sikit-sikit katanya. Ramai jugak ‘lebai’ bila aku sampai rumah dia. Dalam 10 orang. Serta merta orang panggil aku ‘syeikh’. Fui, kalau kat kampung, power tuh ‘syeikh’. Orang kaya dan hebat. Sekali aku salam semua yang hadir, semua panggil aku ‘syeikh’. Bukan itu saja, aku kena cakap Arab la pulak. Ana dengan anta dah tak tau kat mana nak letak, main ‘boh’ jer. Power tu!

Itulah usrah pertama aku hadir dan semenjak itu aku tidak mahu ketinggalan menghadirinya walaupun ada banyak kali aku ‘missed’. Tapi setiap kali aku tak dapat bersama, aku akan hubungi kawan-lawan usrah tentang perjalanan usrah yang aku tertinggal. Siapa yang hadir, bincang pasal apa, apa yang akan berlaku dalam tempoh terdekat. Usrah menguatkan silahturahim kami dalam ‘cirlce’ kami. Kami bergilir-gilir menjadi tuan rumah usrah cawangan dan bila tiba giliran aku, awek aku kelam kabut nak sediakan makanan. Aku fikir senang, order satay!. Semenjak hari itu, kawan-kawan selalu Tanya, “Bila nak usrah rumah anta, syeikh?”. Satay punya pasal! Kataku, “Tak apa, janji rock!.”

TRANSLATION